KUCHING, 13 Mac – Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang menghadiri Program Adiwarna Aidilfitri yang bertempat di Mydin Vista Tunku, di sini, hari ini.
Program tersebut melibatkan 50 orang pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok, bertujuan menceriakan mereka dalam suasana menjelang sambutan Aidilfitri.
Dalam program ini, Puan Sri Juma’ani turut beramah mesra dengan para pelatih dan menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan serta keprihatinan terhadap golongan istimewa.
Program Adiwarna Aidilfitri ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati kemeriahan Aidilfitri tanpa mengira latar belakang.